“Cuba bayangkan itu first meal dia”- Netizen Puji Tindakan Wanita Beri Anjing Liar Makan Di Tempat Parkir Kereta

24 Dec 2025 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Kita sering melihat anjing-anjing liar berkeliaran di sekitar kawasan persekitaran, sama ada di lorong-lorong kecil atau kawasan perumahan. Tanpa penjaga atau perhatian, anjing-anjing liar ini terpaksa bergantung pada nasib untuk mencari makanan setiap hari.

Namun masih ada orang baik yang prihatin terhadap keadaan anjing-anjing liar ini. Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai @mybbychloe di TikTok mencuri perhatian ramai.

Di dalam video tersebut, dipaparkan wanita ini ternampak seekor anjing liar mencari perlindungan di lot parkir kereta sewaktu hujan.

Prihatin dengan keadaan itu, wanita ini memanggil anjing liar tersebut dan memberikan makanan dan minuman kepadanya kerana risau anjing liar itu kelaparan.

@mybbychloe Hujan lebat sgt , picnic kat carpark image is not available #dogs #dogsofttiktok #bekind #straykids ♬ Untukmu Aku Bertahan – liriiklagu

Riak wajah anjing-anjing liar itu tampak kelaparan dan sedih. Mungkin kerana sudah lama mereka tidak mendapat sumber makanan.

Pada mulanya, hanya seekor anjing yang diberi makan oleh wanita itu, tetapi tidak lama kemudian, beberapa ekor anjing lain turut datang apabila menyedari ada makanan tersedia di situ.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan wanita itu, malah menyatakan bahawa perbuatan seperti perlu giat dilakukan kerana anjing liar juga memerlukan perlindungan dan bantuan.

image is not available

image is not available

image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.