Cuba Larikan Meriam Perang Dunia Ke-2, Kapal Pengangkut China Ditahan Di Johor

30 May 2023 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kapal pengangkut dari China yang membawa besi buruk, ditahan di perairan Kota Tinggi, selepas didapati cuba membawa lari barangan Perang Dunia Ke-2 berusia 80 tahun.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor, Nurul Hizam Zakaria berkata berkata, Zon Maritim Tanjung Sedili pada mulanya menahan kapal itu di kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang kerana berlabuh tanpa kebenaran Jabatan Laut pada 12.45 tengah hari.

image is not available

“Hasil pemeriksaan, kapal itu dikendalikan 32 kru lelaki, termasuk nakhoda terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan berusia 23 hingga 57 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati terdapat besi buruk peluru meriam disyaki mempunyai kaitan kes penemuan Unexploded Ordnance (UXO) di Tanjung Belungkor pada 19 Mei lalu,” katanya.

Difahamkan, pihak Maritim Malaysia dikatakan akan bekerjasama dengan pihak polis, Jabatan Laut dan Jabatan Warisan Negara untuk mengenal pasti peluru itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Reuters

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.