Cuba potong barisan, 2 pemandu bergaduh di tengah jalan

2 Jul 2026 • 11:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cuba potong barisan, 2 pemandu bergaduh di tengah jalan
Tular rakaman video memaparkan dua pemandu dipercayai bergaduh di tengah jalan selepas berlaku perselisihan faham dikatakan berpunca daripada cubaan memotong barisan di Taman Medan di sini pada Khamis.
Image from: Cuba potong barisan, 2 pemandu bergaduh di tengah jalan
Tular rakaman video memaparkan dua pemandu dipercayai bergaduh di tengah jalan selepas berlaku perselisihan faham dikatakan berpunca daripada cubaan memotong barisan di Taman Medan di sini pada Khamis.

PETALING JAYA – Tular rakaman video memaparkan dua pemandu dipercayai bergaduh di tengah jalan selepas berlaku perselisihan faham dikatakan berpunca daripada cubaan memotong barisan di Taman Medan di sini, pada Khamis.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial itu memaparkan insiden dipercayai bermula apabila sebuah kereta cuba memotong barisan untuk memasuki lorong keluar, namun dihalang sebuah lagi kenderaan yang enggan memberi laluan.

Keadaan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran sehingga kedua-dua pemandu bertindak keluar dari kenderaan sebelum bergaduh di tengah jalan.

Video berdurasi beberapa saat itu turut menunjukkan beberapa pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan masing-masing bagi menyaksikan kejadian berkenaan menyebabkan aliran trafik di lokasi terjejas.

**media[3568735]**

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya mengecam tindakan kedua-dua individu terbabit.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung insiden itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved