Cubaan sepasang kekasih di Jilin, China untuk merakam video lucu bertukar menjadi detik cemas apabila tangan si wanita tersekat dalam mulut teman lelakinya hingga terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan.
Pasang itu pada mulanya hanya ingin membuat video cabaran lucu untuk media sosial iaitu dengan mencuba sama ada tangan wanita itu boleh muat dalam mulut teman lelakinya. Namun selepas berjaya memasukkan tangan, dia tidak dapat menarik tangannya keluar semula. Otot rahang lelaki itu tiba-tiba menjadi kaku dan menggigit pergelangan tangannya.
“Saya cuba tarik keluar, tapi dia tak boleh buka mulut. Dia asyik meleleh air liur, muka merah, dan tekaknya mengeluarkan bunyi pelik.
“Air liur dia mengalir sampai ke siku saya. Rasa macam tangan tersepit dalam mesin pengisar daging,” katanya memetik laporan Oddity Central.
- Arahan pakai lencana Jalur Gemilang cetus perdebatan di kalangan ibu bapa
- Ibu dedah anak Tahun 1 trauma dibuli hingga alami kecederaan serius
- Semua pelajar institusi bawah KPM wajib pakai lencana Jalur Gemilang mulai 21 April 2025
- Lelaki berang stesen minyak JB paparkan gambarnya, dakwa sistem pembayaran bermasalah
- ‘Tahun lepas datang dengan kesedihan di depan Kaabah, kali ini menangis syukur’ – Bella Astillah
Doktor Zhang Mingyuan yang menangani kes itu berkata, keadaan itu berlaku kerana otot rahang lelaki tersebut mengejang. Semakin dia panik, semakin kuat rahangnya mencengkam. Bagi mengelakkan dia tercekik atau muntah, pasukan perubatan memainkan muzik untuk menenangkannya sebelum menggunakan alat khas untuk membuka sedikit mulutnya.
Mereka kemudian menyuntik ubat penenang otot, dan selepas kira-kira 20 minit kemudian, doktor berjaya mengeluarkan tangan wanita itu dengan memutarnya secara perlahan sambil mengambil kira pergerakan semula jadi sendi rahang.
Dr Zhang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aksi berbahaya demi kandungan media sosial kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius.
The post Cuba rakam video lucu, tangan wanita tersekat dalam mulut teman lelaki appeared first on The Reporter.

