Cuba Rangkul Bahu Naib Presiden Indonesia, Tangan Aisar Khaled Ditepis ‘Bodyguard’ – “Suka Suka Kau Je Nak Pegang”

LocalEntertainment
23 Aug 2025 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Namanya menjadi sebutan dan digilai ramai masyarakat di Indonesia namun kali ini Aisar Khaled meraih perhatian disebabkan tindakannya terhadap Gibran Rakabuming Raka iaitu Naib Presiden Indonesia yang terkini.

Cuba rangkul bahu

Menerusi video yang tular di TikTok, Aisar pada awalnya mesra menyapa dan bersalaman dengan Wakil Presiden (Wapres) Indonesia itu sebelum dilihat cuba merangkul bahu Gibran.

Insiden itu berlaku ketika pempengaruh itu turut serta dalam acara pelancaran Pacu Jalur 2025 yang diadakan di Riau, Indonesia dan dapat dilihat salah seorang pengawal Gibran dengan pantas terus menepis tangan Aisar.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terutamanya masyarakat Malaysia menegur Aisar kerana berbuat sedemikian namun sesetengah individu menyebelahinya dan berkata dia tidak tahu protokol di negara jiran.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-06-24 16:13:11

"Inilah Lautan Fans Mu" - Sanggup Berarak Walau Panas Terik, Aisar Khaled Dikerumuni Ribuan Peminat Ketika ‘Fan Meet’ Di Kota Medan