Cuba Rogol  Remaja Di Tandas Stesen Minyak, Konstabel Polis Direman 

18 Jun 2023 • 7:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suspek berusia 23 tahun yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah ditahan susulan laporan polis dibuat remaja terbabit, semalam. - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Seorang konstabel polis direman lima hari selepas dipercayai cuba merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak dekat Ipoh, Perak, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 23 tahun yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah ditahan susulan laporan polis dibuat remaja terbabit, semalam.

Menurutnya, suspek diremah bermula hari ini sehingga 22 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

“Kes cubaan rogol itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi di dalam tandas stesen minyak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, polis memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku anggotanya, serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku.

“Kertas siasatan kes ini sedang dikemaskini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.

“Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya. – Getaran, 18 Jun 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved