Konstabel ditahan cubaan rogol gadis

18 Jun 2023 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan selepas disyaki cuba merogol seorang gadis dalam tandas sebuah stesen minyak di sini pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 2.30 pagi itu berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak melibatkan mangsa warga tempatan berusia 19 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, anggota berusia 23 tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa.

"Polis berjaya mendapatkan perintah reman terhadap suspek selama lima hari bermula hari ini (Ahad).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.

Katanya, polis memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku anggota serta pegawai tanpa berkompromi terhadap sebarang salah laku dilakukan.

"Orang awam juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes berkenaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan polis," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved