Cuba Seludup Petrol Ke Negara Jiran, Maritim Malaysia Gagalkan Percubaan Di Pitas

7 Dec 2024 • 2:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Maritim rampas minyak petrol seludup bernilai RM 10,000

Cuba Seludup Petrol Ke Negara Jiran, Maritim Malaysia Gagalkan Percubaan Di Pitas. Dilaporkan, Maritim Malaysia berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak petrol bernilai RM10,000 ke negara jiran dalam operasi di Timur Laut Telukan Paitan, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu, sebuah bot yang penuh dengan 25 tong biru berisi petrol dikesan oleh pasukan Maritim Malaysia Kudat, Sabah yang sedang meronda kawasan perairan tersebut.

image is not available
Cuba Seludup Petrol Ke Negara Jiran, Maritim Malaysia Gagalkan Percubaan Di Pitas

Operasi Serbuan di Tengah Gelap

Menurut Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar, operasi ini dijalankan di sekitar perairan Pulau Mandi Darah untuk membanteras kegiatan penyeludupan yang sering berlaku di kawasan tersebut.

Berdasarkan maklumat risikan, pihak maritim telah menggerakkan bot ronda ke lokasi sekitar 1.6 batu nautika Timur Laut Telukan, Paitan, Pitas. Di sana, mereka berjaya mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan gelap.

Namun, tindakan pantas dua individu yang berada di atas bot itu mengejutkan pasukan Maritim apabila mereka terjun ke laut untuk melarikan diri ke kawasan paya bakau.

image is not available
Sumber gambar: Utusan Borneo

Seorang Tertangkap, Seorang Lagi Lesap

Pasukan Maritim berjaya menahan salah seorang suspek, seorang lelaki warga Filipina berusia 28 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Malangnya, seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas bot, pasukan menemui 25 tong biru berisi 5,000 liter minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina.

Bot, suspek, dan minyak yang dirampas dibawa ke jeti Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut. Rampasan ini dianggarkan bernilai lebih RM25,000.

“Kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63,” tambah Komander Hasbullah.

Dalam masa yang sama, operasi ini membuktikan kesungguhan Maritim Malaysia dalam membanteras penyeludupan di perairan Sabah. Pihak berkuasa menyeru orang ramai untuk terus memberikan maklumat bagi membantu memerangi kegiatan jenayah maritim seperti ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: