Cuba Sogok Polis RM100, Warga Bangladesh Dicekup

29 Jan 2023 • 10:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja buruh warga Bangladesh ditahan selepas disyaki cuba merasuah seorang anggota polis dengan wang RM100, sebagai balasan supaya tidak dikenakan tindakan kerana memandu tanpa lesen.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan sedang memandu sebuah kenderaan sebelum ditahan polis yang membuat pemeriksaan di sekitar Putrajaya.

Sumber memberitahu, suspek cuba memberi wang sogokan sebanyak RM100 kepada anggota tersebut untuk ‘melepaskan diri’.

Bagaimanapun, menurutnya, tindakan suspek menyebabkannya ditahan anggota polis itu, sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Suspek dibawa ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya kira-kira jam 2 petang semalam dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Suspek turut dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, sebelum Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan perintah reman terhadapnya selama tiga hari, bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Katanya, kes seumpama itu adalah iktibar kepada masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya memberi rasuah kepada mana-mana pihak penguatkuasa, bagi tujuan melepaskan diri daripada kesalahan jenayah. - Getaran, 29 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved