Sanggup Buat Laporan Palsu Untuk Tuntut Insurans, Pemilik Kedai Aksesori Ditahan

29 Jan 2023 • 10:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemilik kedai aksesori kereta membuat laporan palsu kononnya premis perniagaannya dipecah masuk, bagi menuntut insurans membawa padah apabila dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa premis miliknya itu, dipecah masuk pada tengah hari kelmarin.

Menurutnya, suspek mendakwa jenayah ke atas premis berkenaan yang terletak di Dataran Mentari, Petaling Jaya mengakibatkannya kerugian sehingga RM600,000.

“Susulan laporan tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian dengan dibantu pasukan forensik Selangor.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut mengesahkan tiada kejadian pecah kedai seperti dilaporkan suspek.

“Hasil soal siasat lanjut terhadap suspek mendedahkan dia mengaku kejadian tersebut tidak berlaku, sebaliknya membuat laporan untuk menuntut insurans,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, satu laporan polis dibuat terhadap suspek berhubung pengakuan terbabit dan kertas sisatan dibuka kerana membuat laporan palsu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya.

Tegasnya, orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri, selain untuk mengelirukan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

“Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap pelaku yang didapati melakukan kesalahan tersebut dan akan mendakwanya di mahkamah,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved