Cubaan 45 warga asing masuk ke Malaysia melalui KLIA gagal

19 Mar 2025 • 3:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUTRAJAYA, 19 MAC: Seramai 45 warga asing ditolak kemasukan ke negara ini kerana gagal memenuhi syarat dalam operasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan memaklumkan 115 warga asing diperiksa dalam operasi selama tiga jam bermula 9 pagi yang tertumpu di balai ketibaan antarabangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati 36 warga Bangladesh dan sembilan lelaki Pakistan dikesan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

AKPS memaklumkan setelah siasatan, pihak berkuasa memutuskan individu terbabit tidak dibenarkan mendarat.

Menurut agensi itu operasi berkenaan bertujuan memastikan pematuhan terhadap Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen (ATKPI), Arahan Pentadbiran dan arahan semasa yang berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

AKPS memaklumkan agensi itu terus komited dalam memastikan kawalan keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan imigresen di KLIA sentiasa dipertingkatkan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved