Cubaan Larikan Diri Gagal! Pemuda Ditangkap Khalwat Dengan Wanita Indonesia

LocalPolitics
9 Jan 2026 • 4:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang wanita warga Indonesia kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik hotel kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki tempatan yang berstatus bujang itu bekerja di daerah Kulai manakala wanita terbabit mempunyai permit kerja sah.

“Ketika tiba di lokasi, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik hotel dan ia dibuka kira-kira lima minit kemudian oleh seorang lelaki berseluar panjang dan kemeja T.
“Lelaki itu dilihat cuba melarikan diri dengan alasan mahu pulang segera, namun dihalang oleh penguat kuasa,” katanya.

Hasil siasatan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri, sebaliknya hanya rakan sekerja.

Pemuda ditangkap khalwat

image is not available

Difahamkan, mereka keluar makan malam bersama kira-kira jam 8.30 malam selepas lelaki terbabit menjemput wanita itu di sebuah asrama menaiki motosikal.

Mereka kemudian menyewa sebuah bilik hotel atas nama lelaki itu pada jam 10 malam kerana asrama wanita berkenaan sudah ditutup, menyebabkan wanita itu tidak sempat pulang.

“Apabila ditanya mengapa mereka berada di bilik itu, lelaki terbabit mendakwa hanya menghantar wanita berkenaan, namun menumpang tandas kerana sakit perut selepas makan,” katanya.

Artikel lain: 61,116 Rakyat Malaysia Lepas Kewarganegaraan, 93 Peratus Pilih Singapura

Pemuda ditangkap khalwat

image is not available

Disebabkan faktor umur yang masih muda serta tidak berkemampuan, lelaki terbabit memberitahu tiada mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.

Pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

Sumber: Harian Metro (Izz Laily Hussein)

The post Cubaan Larikan Diri Gagal! Pemuda Ditangkap Khalwat Dengan Wanita Indonesia appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved