Wanita 62 Tahun Hamil Enam Bulan, Cetus Perdebatan Netizen

LocalFamily & Parenting
8 Jan 2026 • 3:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita 62 Tahun Hamil Enam Bulan, Cetus Perdebatan Netizen

Seorang wanita berusia 62 tahun di China yang dilaporkan hamil enam bulan menganggap bayi dalam kandungannya sebagai ‘kepulangan semula’ anak lelaki tunggalnya yang telah meninggal dunia.

South China Morning Post melaporkan kisah wanita dari wilayah Jilin di timur laut China itu menjadi tular di media sosial selepas adik perempuannya kerap berkongsi perkembangan terkini mengenai kehamilan wanita berkenaan.

Difahamkan, wanita terbabit dilaporkan hamil buat kali kedua selepas kehilangan anak tunggalnya pada Januari 2025, namun butiran mengenai punca kematian dan usia bayi itu tidak didedahkan.

image is not available

Bagi meredakan kesedihan, wanita yang identitinya dirahsiakan itu menjalani prosedur persenyawaan luar rahim (IVF) pada pertengahan tahun lalu sebelum disahkan hamil.

“Saya rasa bayi ini akan dilahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan dan ia sangat suka menendang perut saya

“Saya perasan setiap kali saya makan makanan manis, bayi ini mnejadi lebih aktif,” katanya menerusi satu video yang dikeluarkan pada akhir Disember lalu.

Wanita itu yakin bakal mendapat anak lelaki

Menurut SCMP, para doktor di China dilarang mendedahkan jantina janin bagi mengelakkan pengguguran terpilih.

Namun, wanita itu yakin dia bakal menimang cahaya mata lelaki berdasarkan perubahan seleranya.

Wanita terbabit menjalani pemeriksaan pranatal lebih kerap berbanding ibu hamil yang lebih mud dan sentiasa adiknya sentiasa menemaninya.

Bagi pemeriksaan kritikal, mereka perlu menempuh perjalanan sejauh 170 kilometer ke pusat kesihatan utama di Changchun untuk mendapatkan rawatan kepakaran yang lebih menyeluruh.

image is not available

Sementara itu, Pakar Obstetrik Kanan Hospital No. 1 Harbin, Chen Min, berkata pihaknya secara prinsip tidak menggalakkan wanita hamil pada usia lanjut kerana risiko komplikasi yang sangat tinggi.

“Kemungkinan berlaku komplikasi semasa kehamilan meningkat berkali ganda, dan mereka hanya boleh memilih kaedah pembedahan yang tetap mempunyai risiko tersendiri,” katanya.

Pilihan wanita itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan beberapa pihak mempersoalkan kemampuan fizikal pasangan itu untuk membesarkan anak serta bimbang bayi berkenaan bakal menjadi yatim piatu.

BACA: Lelaki Saman Restoran Selepas “Kantoi” Curang Dalam Video Promosi Di TikTok
BACA: Lelaki Minta “Edit” Gambar Bersama Cristiano Ronaldo, Hasilnya Buat Ramai Dekah

Sumber: South China Morning Post 

The post Wanita 62 Tahun Hamil Enam Bulan, Cetus Perdebatan Netizen appeared first on Siakap Keli.