Cubaan Menyorok Gagal, Abang Terpaksa Tunai Permintaan Adik Jadi ‘Ikan Duyung’

Entertainment
9 Sep 2023 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Waktu kecil-kecil dulu, mesti kita pernah main sorok-sorok dengan adik beradik kita kan. Kebiasannya, kita akan menyorok dan kemudiannya ditangkap. Tetapi, kalau lepas kena tangkap ada ‘denda’ dan dipaksa jadi benda lain, itu nak kira macam mana ya?

Itu lah yang terjadi kepada seorang abang selepas dia gagal menyorok dari adiknya. Selepas tertangkap, dipaksa pula pakai costume ikan duyung, siap ada sesi fotografi lagi.

Korang boleh tengok video @shitlicious dibawah ni.

Terpaksa jadi ikan duyung

Kesian abangnya, sudahlah kantoi menyorok, apabila ditangkap, kena tangkap jadi ikan duyung pula. Redha je si abang diperlakukan begitu oleh adiknya.

image is not availableWeh kalau ada gambar yang adik tu ambil, min pun nak tengok. Mana tahu satu hari nanti jadi photographer terbaik dunia ke kan.

image is not availableTerpaksa lah akur untuk adik yang disayangi. Kalau melawan takut nanti jadi benda lain pulak kan. Alaaa… budak-budak, biarkan mereka berimaginasi.

image is not availableYe walaupun abang dia pasrah, tetap bagi komitmen untuk senyum dan posing kan. Benda macam ni mesti akan menjadi kenangan bila dah besar nanti.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.