Cubaan nelayan Vietnam rompak hasil laut gagal

LocalPolitics
13 May 2025 • 4:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KUDAT: Lebih 20 kilogram (KG) balat basah serta kira-kira 2000 liter minyak diesel dirampas

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membabitkan dua bot nelayan Vietnam dalam penahanan di perairan Kudat pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Hasbullah Omar berkata pemeriksaan dilaksanakan ke atas kedua-dua bot vesel nelayan asing (VNA) berkenaan selepas menerima maklumat dari orang awam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Susulan maklumat tersebut aset rondaan Zon Maritim Kudat iaitu Bot Cenderawasih 10 yang sedang melaksanakan Op Pluto Timur 2/2013, Op Cegah Pati 1/2022 dan Op Naga Timur digerakkan ke lokasi terbabit.

“Sebaik tiba di kawasan sasaran kira-kira 4.2 batu nautika timur laut Pulau Latoan pasukan operasi mengesan dua VNA Vietnam sedang leka menjalankan aktiviti perikanan haram.

“Semasa cuba dihampiri suspek bertindak memotong tali tunda serta membiarkan tali terjuntai di bahagian belakang vesel serta memasang palang besi dibahagian kiri dan kanan ekoran enggan memberi kerjasama ketika diarahkan untuk berhenti.

“Bagaimanapun helah tersebut gagal apabila berlaku aksi kejar-mengejar selama 15 minit sebelum anggota Maritim Malaysia berjaya melompat ke atas VNA terbabit bagi menghentikannya,” katanya.

Menurut Hasbullah sejurus penggeledahan dilakukan kedua-dua bot nelayan itu disyaki melakukan aktiviti menunda dan menangkap balat berikutan penemuan peralatan yang diperbuat daripada besi padu yang direka khas untuk menangkap balat.

Hasbullah berkata pemeriksaan ke atas kedua-dua bot berkenaan juga turut menemui sekitar 20kg balat basah serta kira-kira 2000 liter minyak diesel.

“Seramai 11 individu warganegara Vietnam berumur lingkungan 25 hingga 54 tahun ditahan ekoran tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua yang ditahan serta barang rampasan termasuk bot serta hasil laut dengan nilai dianggarkan lebih RM4 Juta diiring masuk ke Jeti untuk siasatan lanjut dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63,” ujarnya.