Cubaan Pecah Masuk Rumah Gagal, Suspek Ditangkap Sembunyi Dalam Tandas Di Sibu

11 Nov 2024 • 3:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Di Rantau Panjang, polis menahan individu pecah rumah yang cuba bersembunyi di tandas

Cubaan Pecah Masuk Rumah Gagal, Suspek Ditangkap Sembunyi Dalam Tandas Di Sibu. Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk rumah di kawasan perumahan Rantau Panjang semalam.

Menurut hantaran di laman Facebook IPD Sibu, suspek ditangkap kira-kira pukul 4.30 petang oleh unit rondaan bermotosikal (URB) dan kereta peronda polis (MPV).

image is not available
Cubaan Pecah Masuk Rumah Gagal, Suspek Ditangkap Sembunyi Dalam Tandas Di Sibu

Suspek dipercayai telah memecah masuk ke sebuah rumah di kawasan tersebut sebelum cuba melarikan diri. Dia memanjat pagar ke rumah sebelah dan bersembunyi di dalam tandas tingkat atas selepas penghuni menyedari kehadirannya.

Polis berjaya mengesan lokasi suspek dan menangkapnya. Menurut laporan media tempatan, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah rumah.

Hantaran itu menambah bahawa tangkapan ini membuktikan kecekapan polis dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman masyarakat setempat.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes kecurian di Sarawak: