Kota Kinabalu: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mendakwa wujud kempen dalam talian yang diselaras dari Semenanjung dengan tujuan mempengaruhi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.
Katanya, PRN17 adalah pilihan raya khusus untuk Sabah yang sepatutnya ditentukan hanya oleh rakyat negeri ini, namun usaha penyebaran maklumat palsu dari luar terus menyasarkan politik tempatan.
“PRN17 ialah Pilihan Raya Negeri Sabah yang tidak ada kena-mengena dengan Semenanjung kerana ia semata-mata mengenai mandat rakyat Sabah memilih Kerajaan Negeri sendiri.
“Namun, Sabah kini menjadi sasaran kempen kandungan terancang yang dicipta dari Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kempen berbaur penipuan sudah aktif sejak Pilihan Raya 2013 apabila media sosial mula berkembang, bermula dengan akaun palsu yang dibuat secara manual.
Menjelang 2018, katanya, sekitar 80 peratus serangan media sosial terhadap SAPP berasal dari Johor.
Beliau berkata, bahaya terkini ialah bagaimana operasi sedemikian semakin meningkat dengan penggunaan alat berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta akaun-akaun yang diselaras bagi mempengaruhi orang ramai, termasuk rakyat Sabah.
Yong berkata pasukan media SAPP mengesan sejumlah besar profil media sosial palsu yang giat terbabit dalam perbincangan politik Sabah.
“Ada yang mendakwa berpangkalan di Dubai tetapi kerap mengulas isu Sabah, manakala satu lagi kononnya dari ‘Tawao’, ejaan sengaja disalahkan bagi Tawau.
“Terdapat juga akaun dengan nama Melayu yang memberi komen dalam bahasa Cina dengan sempurna, selain banyak profil yang dikaitkan dengan ‘click-farm’,” katanya.
Beliau merujuk kepada saman yang difailkan terhadap portal roketkini.com yang ditaja DAP pada 10 Julai tahun ini. Bersama ahli sejarah Stephan Gaimin dan aktivis Asraf Amir, tindakan undang-undang diambil bagi mencabar penularan maklumat palsu dari portal berkenaan, yang dilancarkan pada 2011 oleh pemimpin DAP, termasuk Lim Guan Eng.
Katanya, saman itu berkaitan artikel 24 Februari 2013 yang secara palsu mengaitkan gambar pasukan bersenjata penuh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dengan pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.
“Pada hakikatnya, imej itu adalah daripada konflik tidak berkaitan di selatan Filipina.
“Namun penggunaan gambar berkenaan oleh roketkini.com ketika krisis nasional mencetuskan ketakutan tidak wajar,” katanya.
Yong berkata gambar sama kemudiannya turut dipetik dalam sebuah buku terbitan Universiti Malaysia Sabah (UMS), membuktikan bagaimana institusi berwibawa juga boleh menjadi mangsa maklumat palsu dari luar Sabah.
“Mungkin kerana DAP kini rakan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan oleh itu bahan mereka dianggap boleh dipercayai serta rasmi,” katanya.
Menurut beliau, kurang daripada 24 jam selepas saman itu difailkan, artikel kontroversi berkenaan dipadam daripada roketkini.com dan hanya meninggalkan paparan HTTP Error 404.
“Kemenangan pusingan pertama untuk rakyat Sabah ini digelar ‘Hari ini bertindak, esok turun’,” katanya.
Yong turut mengkritik DAP dan roketkini.com kerana tidak menunjukkan rasa kesal atau memohon maaf atas kesilapan mereka.
“Kalau bukan kerana tindakan undang-undang kami, defendan akan terus menyiarkan gambar mengelirukan itu tanpa rasa bersalah. Sebagai plaintif, kami menjangkakan permohonan maaf serta jaminan agar kesilapan sama tidak diulangi.
“Sebaliknya, kami merasakan DAP dan roketkini.com yakin mereka boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.