Cubaan Samun Gagal, Lelaki Indonesia Ditahan Penghuni Rumah Di Kuching

10 Apr 2024 • 3:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek bergelut dengan penghuni rumah

Cubaan Samun Gagal, Lelaki Indonesia Ditahan Penghuni Rumah Di Kuching. Cubaan seorang lelaki warganegara Indonesia untuk menyamun gagal apabila dia ditangkap oleh penghuni rumah di Jalan Stephen Yong Batu Kawa, di sini pada Selasa.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong, suspek yang membawa pemutar skru dan pisau diambil daripada dapur rumah tersebut juga cuba mengikat kedua-dua mangsa ketika kejadian sekitar 1.30 pagi itu berlaku.

image is not available
Cubaan Samun Gagal, Lelaki Indonesia Ditahan Penghuni Rumah Di Kuching. Sumber: Utusan Borneo

“Mangsa iaitu dua orang lelaki berumur 26 tahun dan 27 tahun telah melawan semasa suspek cuba mengikat tangan kedua-dua mangsa.

“Pergelutan berlaku antara mangsa dan suspek sehingga suspek berjaya ditangkap oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Lim berkata kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan akibat pergelutan yang berlaku.

Suspek dalam lingkungan 30an itu telah diserahkan kepada polis, tambahnya.

Kes itu katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Suspek telah direman selama enam hari sehingga 15 April ini,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: