Cubaan Sekat Suara Getaran Kembali Lagi 

LocalOpinion
8 Oct 2026 • 6:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Cubaan Sekat Suara Getaran Kembali Lagi 

Sekali lagi suara Getaran cuba disekat.

Selepas beberapa jam ‘lumpuh’, kami kembali beroperasi.

Ramai pembaca menyedari bahawa laman web Getaran sebelum ini tidak dapat diakses susulan peningkatan mendadak jumlah kunjungan, yang dipercayai menyebabkan pelayan laman sesawang berdepan beban berlebihan sehingga terpaksa ditutup.

Kami percaya ini merupakan satu serangan berniat jahat terhadap Getaran oleh pihak yang mahu menyekat operasi dan memutuskan hubungan kami dengan para pembaca, sehari sebelum pembentangan Belanjawan. 

Tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menghalang kami daripada terus menyampaikan laporan yang jujur dan telus kepada anda.

Serangan ini merupakan serangan secara langsung terhadap kebebasan bersuara. 

Pihak yang bertanggungjawab mahu menghalang Getaran daripada mendedahkan naratif berat sebelah yang kini beredar dalam media dan ruang siber.

Pasukan teknikal Getaran kini telah berjaya mengembalikan laman web seperti biasa.

Kami akan terus menjalankan tanggungjawab untuk menyampaikan kepada anda perkembangan dan kebenaran berdasarkan apa yang kami lihat dan laporkan.

Kita semua kini perlu lebih berwaspada terhadap wujudnya pihak-pihak tertentu yang berusaha menekan serta menyekat kebenaran daripada disampaikan menerusi laporan berita.

Getaran akan terus melaksanakan tanggungjawab dipikul untuk memastikan pembaca mendapat berita dan liputan mengenai perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia.

Maaf, dan terima kasih daripada kami.

Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved