Cucu Banyak Kenangan Bersama, Momen Terakhir Datuk Undang Sebak

LocalFamily & Parenting
23 Oct 2025 • 2:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Cucu Banyak Kenangan Bersama, Momen Terakhir Datuk Undang Sebak

Hubungan antara cucu dan datuk sering kali menjadi antara ikatan paling tulus dalam kehidupan. Itulah yang dapat dirasai menerusi sebuah video tular di TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @nurul_4nis, memaparkan kisah menyentuh hati antara seorang kanak-kanak lelaki dan seorang warga emas yang dipercayai atuknya.

Melalui video itu, penonton dapat melihat betapa rapatnya hubungan mereka berdua. Mereka sering meluangkan masa bersama, termasuk keluar berjalan dan memancing.

image is not available

Foto: TT @nurul_4nis

Senyuman dan gelak tawa mereka cukup menggambarkan kasih sayang yang tidak bertepi antara dua jiwa yang saling menyayangi.

Dalam satu babak, kelihatan si datuk menghantar cucunya ke sekolah. Sebelum bepisah, dia mencium pipi dan dahi si kecil itu, dan kanak-kanak itu membalas dengan ciuman yang sama.

Detik sederhana cucu dan datuk itu sudah cukup untuk menyentuh hati ramai yang menonton, memperlihatkan betapa dalamnya kasih sayang mereka.

image is not available

Foto: TT @nurul_4nis

Namun, suasana berubah menjadi pilu apabila dimaklumkan bahawa datuk kesayangan itu telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Dalam klip seterusnya, kelihatan kanak-kanak itu duduk di sebelah keranda atuknya di dalam van jenazah, wajahnya sayu dan penuh kerinduan.

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak itu turut dilihat duduk bersila seorang diri di hadapan keranda atuknya di dalam masjid.

image is not available

Foto: TT @nurul_4nis

Pemandangan itu membuat ramai tidak mampu menahan air mata, membayangkan perasaan seorang cucu kecil yang baru kehilangan insan paling disayanginya.

Perkongsian cucu dan datuk itu mendapat komen dan doa daripada pengguna media sosial. Ramai yang mengakui sebak dan teringat kepada datuk masing-masing, sementara yang lain menyifatkan hubungan antara dua beranak itu sebagai contoh kasih sayang sejati yang sukar dicari.

Patut la sayang sangat, rupanya atuk teman sampai dewasa

image is not available

 

Cucu yang rapat dengan atuk je faham

image is not available

Semoga rohnya dicucuri rahmat

image is not available

Sumber: TikTok @nurul_4nis