“Cukup Menjadi Bermanfaat Buat Manusia, Menjadi Baik Itu Urusanmu Dengan Pencipta” Netizen Puji Keperibadian Fazura

Entertainment
4 Jan 2023 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nur Fazura - Gambar Instagram Missfazura

Jika anda mengikuti perkembangan terkini aktres dan usahawan jelita Nur Fazura di Instagram, pasti anda tahu bahawa dia dan keluarga tercinta sedang menikmati percutian indah di luar negara.

Terbaru dia telah berkongsi sebuah video sewaktu berada di luar negara. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen yang ditulisnya pada video berkenaan.

“Cukup menjadi bermanfaat buat manusia. Menjadi baik itu urusanmu dengan pencipta. Selamat menjalani hari baru. Apa yang kita beri adalah apa yang kita akan perolehi,” tulisnya. 

Disebabkan kapsyen itu, ramai netizen yang dilihat memuji keperibadian pelakon Manisnya Cinta Di Capadoccia itu.

Rata-rata netizen menyifatkan Fazura sebagai selebriti yang mempunyai kelas tersendiri dan sering menyampai mesej yang baik buat 5.7 juta pengikutnya di Instagram.

“Ini adalah cara kita mahu menasihati orang lain, tanpa ada perasaan ‘bitter’”, tulis salah seorang netizen. 

image is not available

Sehingga kini hantaran tersebut telah mendapat hampir 70 ribu tanda suka dan lebih dari 1000 komen daripada netizen dan rakan selebriti. – Getaran, 4 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved