Culas bayar cukai jalan kereta mewah, JPJ sita kenderaan

LocalCars
22 Oct 2026 • 10:43 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Culas bayar cukai jalan kereta mewah, JPJ sita kenderaan

SHAH ALAM, 22 OKT: Tindakan segelintir pemilik kereta mewah sengaja tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans kerana menganggap kompaun RM300 lebih murah mengundang padah apabila kenderaan mereka disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Antara individu yang ditahan atas kesalahan itu termasuk ahli perniagaan, selebriti, tokoh politik dan pempengaruh media sosial yang menggunakan kenderaan tanpa cukai jalan serta insurans sah.

Difahamkan, ada pemilik menganggap bayaran kompaun RM300 lebih rendah berbanding kos memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan mewah masing-masing.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, tanggapan itu merupakan satu kesilapan besar kerana tindakan sita boleh dikenakan terhadap kenderaan terbabit.

“Pemilik kereta ingat lebih mudah membawa kenderaan ini tanpa cukai jalan kerana kalau ditahan, mereka hanya bayar kompaun RM300 sahaja.

“Tetapi apabila kami mengambil tindakan menyita kenderaan itu, kami akan arahkan pemilik ini lunas dahulu bayaran cukai jalan sebelum kenderaan dilepaskan. Di sini baru timbul kesedaran,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, selain faktor kompaun, terdapat pemilik yang memberikan alasan terlupa memperbaharui cukai jalan, manakala sebahagian lagi mempunyai tunggakan saman.

Bagaimanapun, Muhammad Kifli menyifatkan alasan terlupa sebagai tidak munasabah memandangkan terdapat kes membabitkan cukai jalan yang sudah tamat tempoh sejak bertahun-tahun lalu.

“Alasan terlupa ini sebenarnya sangat lapuk kerana ada antara kes yang kita tahan, cukai jalan sudah tamat tempoh sejak tahun 2014. Jadi, lupa apa?

“Ada tahun 2020, 2021, 2022 dan 2023, jadi bagi kami ini adalah disengajakan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved