Culas Bayar Tol 45 Kali, Wanita Pemandu Kereta Mewah Ditahan

9 Jan 2023 • 10:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gara-gara culas membayar, seorang wanita ditahan hari ini setelah sekian lama mengelak daripada bayar tol sebanyak 45 kali setiap kali melalui lebuh raya milik Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS).

Menerusi ciapan di laman Twitter, @AKLEHtrafik memaklumkan mengenai penahanan ke atas pemilik sebuah kereta Mercedes-Benz A-Class yang mempunyai tunggakan tol sebanyak RM275.65.

“Kereta mewah 45 kali culas tol ditahan! Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan.

“Cuba teka, kali ni kereta apa pulak yang kantoi? Amboi berani betul sister ni,” kata ciapan itu.

Setelah ditangkap, wanita terbabit difahamkan telah menjelaskan jumlah tunggakan pada kadar serta-merta, bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta #kantoi,” ujar PROLINTAS.

Dalam pada itu, PROLINTAS turut mengingatkan para pemandu untuk membayar setiap tol yang dilalui dan menjadikan kes tersebut sebagai pengajaran.

Syarikat konsesi tol itu juga sempat meletakkan tanda pagar ‘Awas’ dan ‘Anda Culas Takkan Terlepas’ dalam ciapan tersebut sebagai amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Jadikan ini iktibar ya, jangan tiru aksi tak bermoral ni.

“Anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain,” tambahnya.

Sumber: @AKLEHtrafik via Twitter