Wanita Guna FB Anak Untuk Upload Gambar Jenazah Sendiri Sebab Tak Nak Bayar Hutang

Entertainment
21 Dec 2022 • 5:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara nak lari daripada membayar hutang, seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara sanggup memalsukan kematiannya untuk mengaburi mata pemiutang.

Menerusi sumber, wanita yang dikenali sebagai L itu telah memuat naik hantaran berita kematiannya menggunakan Facebook anaknya sendiri.

Dia juga ada muat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan dirinya menjadi jenazah yang dibalut dengan kain kafan.

Hantaran itu juga turut mendakwa bahawa L meninggal dunia akibat kemalangan di sebuah jambatan serta memaklumkan bahawa jenazahnya itu akan disemadikan di Aceh.

image is not available

Pemiutang, Maya Gunawan menyatakan bahawa dia sudah beberapa kali meminta L untuk bayar hutangnya, bagaimanapun L mengatakan bahawa dia tiada wang untuk lunaskannya.

Malah, L telah berjanji untuk bayar hutang pada 20 November lalu, tetapi masih gagal dan meminta agar tempoh pembayaran ditangguh sehingga 6 Disember lalu.

Tidak lama selepas itu, dia melakukan tindakan sedemikian (muat naik status FB). Bagaimanapun, anaknya, Najwa Almira Ginting kemudiannya tampil memberitahu perkara sebenar bahawa ibunya itu masih hidup dan bertindak melakukan perkara sedemikian kerana enggan bayar hutang. Dia meminta maaf kepada pihak-pihak tertentu terhadap perbuatan ibunya itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.