“Cuma 30 minit” – Dakwa Fakta Laporan Tak Tepat, Ruhainies Nafi Jawi Tunggu Sampai 3 Jam

Entertainment
11 Mar 2024 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun Ruhainies belum mengeluarkan kenyataan rasmi lagi, pelakon jelita ini menjelaskan dia dan Aliff Aziz hanyalah sekadar berkawan dan tidak lebih daripada itu.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata demikian berhubung dakwaannya dicekup melakukan khalwat di sebuah kondominium pada Sabtu lalu.

Katanya lagi, hubungan mereka berdua kini sebagai rakan artis dan sedang menjalani penggambaran drama bersama.

“Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat,” katanya kepada Harian Metro.

30 minit, bukan tiga jam

Bercakap mengenai isu yang sedang melanda ketika ini, aktres berusia 32 tahun itu berkata, mereka berdua hanyalah mengambil masa 30 minit sahaja dan bukannya tiga jam seperti mana dilaporkan sebelum ini.

Katanya lagi, terdapat beberapa fakta yang tidak tepat mengenai laporan penangkapan dia dan Aliff Aziz dan ia sekali gus menimbulkan lebih banyak spekulasi.

“30 minit, bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.

“Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai,” ujarnya.

Dakwanya, dia belum memberikan sebarang kenyataan dan segala yang dikeluarkan di mana-mana platform sebelum ini bukanlah kenyataannya.

Ruhainies berkata, dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan ditangkap khalwat dengan suami kepada selebriti Bella Astillah apabila tiba masanya.

image is not available

Kecoh hujung minggu lalu apabila media melaporkan dua selebriti terkenal telah ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium yang terletak di ibu kota.

Menurut laporan, dua selebriti itu iaitu Aliff Aliz dan Ruhainies enggan memberi kerjasama selama tiga jam kepada pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga terpaksa memanggil pasukan bomba.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jawi dan menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.