“Cuma tinggal zikir Abi pengubat rindu” – Netizen Turut Rindu Dengan Allahyarham Ustaz Asri Lepas Lihat Perkongsian Anak

Entertainment
8 Sep 2025 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hanya berbekalkan lagu-lagu dan koleksi zikir suaranya sahaja sebagai pengubat rasa rindu buat wanita yang dikenali sebagai Tiqasri terhadap arwah ayahnya yang merupakan vokalis kumpulan Rabbani iaitu Mohd Asri Ibrahim (Ustaz Asri).

Luahan rasa rindu yang tiada penghujung itu dibuat oleh Tiqasri menerusi Instagram dengan memaparkan video-video rakaman arwah ayahnya yang juga diselitkan rakaman berita berkenaan kematian Ustaz Asri pada tahun 2009.

 

“Andai dulu sempat rakam video Abi & our moments together, pasti Kakak akan simpan dan ulang tengok setiap kali rindu.”

Menurut anak ketiga dariapda enam orang beradik ini, rasa rindunya yang mendalam itu tiba-tiba mula dirasai setelah sekian lama dia ‘dihadiahkan’ dengan rasa ‘lupa’.

Jelasnya lagi, andai kata dia sempat merakam memori bersama ayahnya semasa masih hidup, pasti dia dapat lihat semula jika rasa rindu. Oleh itu, dengan hanya mendengar lagu-lagu dan koleksi zikir arwah sahaja yang dapat menjadi pengubat rindu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tiqasri

Video tersebut tennyata telah menarik perhatian netizen yang rata-rata daripadanya turut meluahkan rasa rindu mendengar alunan suara Ustaz Asri.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Difahamkan, sewaktu Allahyarham Ustaz Azri meninggal dunia, Tiqasri pada waktu itu baru berumur 12 tahun. Untuk rekod, vokalis kumpulan nasyid Rabbani meninggal dunia pada pada 13 Ogos 2009 kira-kira jam 10.30 pagi akibat serangan jantung.

Memetik laporan mStar Online, salah seorang anggota Rabbani menjelaskan arwah jatuh pengsan semasa latihan dalam satu program di RTM kira-kira jam 10 pagi pada waktu itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article