Curang Di Klinik Kesihatan: Isteri Periksa Lokasi, Sangka Suami Terlibat Kemalangan – “Lama Dia Kat Situ”

26 Sep 2025 • 10:32 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Curang Di Klinik Kesihatan: Isteri Periksa Lokasi, Sangka Suami Terlibat Kemalangan - "Lama Dia Kat Situ"

Isteri yang dicurangi suaminya dalam satu insiden berlaku di sebuah Klinik Kesihatan berkongsi semula kisah sewaktu dia menerjah lelaki itu yang sedang menemani seorang wanita lain di kaunter mengambil ubat.

Menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok, Iffah berkongsi pada mulanya dia menyangka suaminya terlibat dalam kemalangan kerana lokasi telefon bimbit lelaki itu menunjukkan terlalu lama berada di klinik

Namun sebaik tiba di lokasi, Iffah yang juga pemilik sebuah salon muslimah mendapati suaminya sedang menemani wanita lain sebelum berlaku pertengkaran antara mereka di hadapan orang ramai.

Malah, terdapat juga netizen mendakwa bahawa lelaki tersebut enggan pulang bersama Iffah sebaliknya memilih untuk mengikut wanita berkenaan.

image is not available

“Lepas sesi tampar menampar tu, lelaki tu ikut wanita tu balik, bukannya ikut isteri. Perangai luar biasa suami dia ni,” tulis seorang pengguna Threads, shzlna._.

Sementara itu, atas dasar simpati, netizen juga menyeru orang ramai untuk menyokong perniagaan milik Iffah iaitu Irfah Salon Muslimah yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Jom tunjuk sokongan!

image is not available

Terdahulu, Iffah memuat naik beberapa video di akaun TikTok memaparkan suaminya dan orang ketiga itu tidak menyedari bahawa gelagat mereka dirakam di ketika berurusan di kaunter ubat di Klinik Kesihatan.

Sebaik ‘kantoi’, berlaku sesi kejar mengejar termasuk aksi Iffah menampar muka suaminya sehingga keluar dari klinik sekali gus mengasak pelbagai pertanyaan kepada ‘pasangan tersebut’.

Sumber: Threads @shzlna._ & @lilchyne