Curi dua guni aluminium, lelaki dipenjara enam bulan

25 Sep 2026 • 4:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Curi dua guni aluminium, lelaki dipenjara enam bulan

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana mencuri dua guni aluminium milik sebuah syarikat kaca dan aluminium.

Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman terhadap Ronston Mikolin selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Ronston mencuri barangan itu dari syarikat berkenaan di sebuah kilang di Penampang pada 19 September tahun ini.

Kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan pengadu yang merupakan pekerja bertugas di kilang berkenaan melihat Ronston membawa guni tersebut sebelum memasukkannya ke dalam but sebuah kereta.

Ketika pengadu cuba bertanya tujuan Ronston berada di kilang itu, tertuduh cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh pengadu bersama seorang lagi pekerja.

Pengadu dan pekerja berkenaan kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 39 tahun didenda RM1,200 atau dua bulan penjara kerana membeli nombor perjudian loteri haram.

Rafidah Behu mengaku bersalah membeli nombor loteri haram itu pada jam 4 petang, 24 Jun tahun ini di hadapan sebuah premis di Bandaran Jaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved