Dua warga China dihukum penjara enam bulan miliki rokok seludup di KLIA

24 Sep 2026 • 3:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua warga China dihukum penjara enam bulan miliki rokok seludup di KLIA

SEPANG: Dua warga China masing-masing dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki rokok seludup pelbagai jenama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ogos lepas.

Majistret Khairatul Animah Jelani menjatuhkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap terhadap Chen Qianliang, 49, dan Yan Haiyan, 41, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki dan wanita itu membayar duti import masing-masing berjumlah RM36,180 dan RM24,300, atau berdepan tambahan dua bulan penjara jika gagal berbuat demikian.

Mengikut pertuduhan, Chen didakwa memiliki 2,680 kotak rokok jenama Marlboro Ice Blast, manakala Yan didakwa memiliki 1,200 kotak rokok Manchester Double Drive dan 600 kotak Marlboro Ice Blast yang bernilai keseluruhan RM13,440 dengan taksiran duti import RM60,480.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat Kastam Cawangan Pemeriksaan Penumpang KLIA Terminal 1, kira-kira 11.45 pagi pada 13 Ogos mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Pertuduhan dikemukakan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Shahrul Amin Shahrul Nizam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved