Curi Duit Dari Tabung Masjid, Tindakan Lelaki Di Miri Ini Sempat Dirakam CCTV

29 Jan 2023 • 10:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berjaya dirakam CCTV Masjid.

Curi Duit Dari Tabung Masjid, Tindakan Lelaki Di Miri Ini Sempat Dirakam CCTV. Berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup, seorang lelaki dipercayai telah mengambil tabung masjid di Masjid Nurul Iman, Kampung Kuala Baram, Miri baru-baru ini.

Dilaporkan, menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, rakaman CCTV tersebut mula tular di media sosial pada Jumaat.

image is not available
Curi Duit Dari Tabung Masjid, Tindakan Lelaki Di Miri Ini Sempat Dirakam CCTV. Sumber foto: Utusan Borneo

Laporan polis telah dibuat

Mengambil tindakan atas kejadian, pihak AJK (Ahli Jawatankuasa) masjid telah tampil ke Balai Polis Miri dan membuat laporan ke atas kejadian tersebut.

Alexson berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya jika disabitkan bersalah.

Dalam masa yang sama, beliau berkata pihak polis menghargai segala maklumat dan perkongsian yang diberikan oleh masyarakat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Jangan buat spekulasi sesuka hati

Walaubagaimanapun, masyarakat juga dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memviralkan video tersebut di media sosial yang mana ia dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

Jika ada individu yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah, silalah tampil ke balai polis yang berdekatan untuk perkongsian maklumat, tambah beliau lagi.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri, ujar beliau.

Lagi berita terkini buat anda di sini: