Kemalangan Maut Malam Tahun Baru Cina Di Miri, Pemandu HRV Meninggal Dunia Dilokasi

22 Jan 2023 • 9:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki maut terlibat dalam kemalangan di Jalan Foh Utama

Kemalangan Maut Malam Tahun Baru Cina Di Miri, Pemandu HRV Meninggal Dunia Dilokasi. Seorang lelaki maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan setelah kereta yang dipandu keduanya terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jee Foh Utama pada jam 11.58 malam tadi.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Miri Sentral bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa terlibat.

image is not available
Kemalangan Maut Malam Tahun Baru Cina Di Miri, Pemandu HRV Meninggal Dunia Dilokasi. Kredit: Borneo Network

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kereta jenis Honda HRV dan Honda Accord,” ujarnya.

Seorang lagi mangsa tercedera

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pemandu HRV dikenali Lim Tze Kiat, 37, disahkan maut dilokasi kejadian oleh pihak perubatan manakala pemandu Accord telah dikejarkan ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Pasukan bomba katanya bertindak mengeluarkan mangsa yang menggunakan kereta Honda HRV yang mana pemeriksaan yang dijalankan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Pemandu kereta Honda Accord bagaimanapun katanya telah dibawa oleh orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Lagi artikel terkini: