
TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada Sabtu membuat satu laporan polis berhubung jenayah mencuri bekalan elektrik di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di sini mengakibatkan kerugian berjumlah RM183,156 sebulan.
Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata mencuri bekalan elektrik dengan membuat sambungan haram itu juga mengancam keselamatan awam seperti risiko kebakaran dan renjatan elektrik, justeru laporan di Balai Polis Bombalai di sini juga bagi melindungi orang awam di kawasan itu.
Beliau berkata selain polis, pihak Suruhanjaya Tenaga Sabah juga diharap menjalankan siasatan dan pendakwaan berikutan jenayah itu berleluasa di kampung berkenaan hasil tinjauan beliau bersama Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dan Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar pada Jumaat.
“Asalnya, tinjauan yang disertai pemimpin tempatan termasuk Ketua Kampung, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta pengurusan SESB bertujuan untuk melihat kesesuaian pelaksanaan Independent Power Distributor (IPD).
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Namun ketika berada di lokasi, kami melihat sambungan haram secara terang-terangan hampir di setiap rumah, kita mengambil serius akan perbuatan jenayah ini dan satu laporan polis telah dibuat siang tadi (Jumaat), SESB tidak akan berkompromi terhadap kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam pada itu, Madius turut meminta orang ramai yang melihat jenayah seumpama itu agar tampil membuat laporan polis kerana perbuatan mencuri elektrik antara faktor penyebab gangguan bekalan tenaga di Sabah.
Beliau berkata pelbagai pendekatan mesra pengguna digunakannya termasuk turun padang bagi melihat sendiri kesukaran penduduk di kawasan-kawasan yang menghadapi bekalan tenaga elektrik yang kritikal.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
