Curi kabel di IPTS, tiga lelaki ditahan

LocalPolitics
24 Dec 2024 • 7:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana disyaki terlibat mencuri kabel di sebuah institut pengajian tinggi swasta di Kajang, Selangor pada 8 Disember.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kesemua lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu, ditahan pada 10 malam pada Sabtu lepas di sekitar kawasan berkenaan.

"Polis merampas beberapa jenis kabel, peralatan memotong kabel serta sebuah kenderaan jenis Perodua Axia disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan,” katanya.

Norhizam berkata, siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan disahkan positif dadah.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Bernama