Curi Kereta Terbawa Penumpang Sekali

5 Jun 2024 • 4:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lelaki yang melarikan kereta Honda City merah di sebuah stesen minyak di Kuantan kelmarin sudah ditahan. – Gambar TikTok

Mencemaskan apabila kereta Honda City berwarna merah milik seorang wanita dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan kelmarin.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3.10 petang ketika wanita itu bersama ibu dan bapanya berhenti untuk mengisi petrol. Lebih mendebarkan, kereta wanita itu dilarikan semasa ibunya sedang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Di dalam video yang tular, kelihatan pencuri itu datang ke stesen minyak itu menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5 sebelum melarikan kereta berkenaan.

Ibu wanita itu diturunkan di tepi jalan kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian dan berada dalam keadaan selamat.  Suspek dilaporkan telah ditahan. – Getaran, 5 Jun, 2024

@getaranmy Pencuri yang melarikan kereta dari stesen minyak di Kuantan telah ditahan di Bentong. Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, kereta dinaiki tiga beranak dilarikan ketika singgah mengisi minyak di Semambu. #GetaranMY #TERKINI #Semasa ♬ Powerful songs like action movie music - Tansa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved