[VIDEO] Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Terperangkap Dalam Kenderaan Ketika Kereta Dilarikan Penyamun

Entertainment
5 Jun 2024 • 11:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial semalam, satu rakaman CCTV memaparkan sebuah kenderaan telah dilarikan oleh seorang penyamun di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan.

Menurut laporan Buletin TV3, seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila dia telah terperangkap di dalam kenderaan yang dilarikan penyamun terbabit.

Ketika kejadian, mangsa, Napisah Muhammad, 66, berada di tempat duduk hadapan penumpang.

Dia yang juga seorang pesara guru berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.10 petang, dia bersama suami, Mohamed Halim, 77 dan anak perempuan mereka, Norhalina telah berhenti di stesen minyak untuk mengisi petrol.

Suaminya kemudian pergi ke tandas, manakala anaknya pula keluar dari kereta ketika kejadian itu berlaku.

Mangsa yang menunggu dalam kereta kemudian terkejut apabila seorang lelaki menghampirinya dan tiba-tiba masuk ke dalam kenderaan mereka.

image is not available

Suspek kemudian bertindak memecut laju kenderaan dengan mangsa berada di dalamnya dan tidak sempat keluar dari kereta.

Namun mujurlah dia ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 300 meter dari lokasi dengan kenderaan tersebut dibawa lari suspek.

Mak cik meronta dan nekad untuk terjun tetapi bahu dipegang dan lelaki itu tarik untuk pastikan makcik tidak keluar.

“Lelaki itu cakap kau nak keluar, kau berambus dan perlahankan kereta sebelum menolak mak cik keluar daripada kereta,” kata mangsa, menceritakan kembali kejadian.

Susulan kejadian tersebut, pemilik kenderaan telah membuat laporan di balai polis berhampiran.

Aduhai, risau bila tengok kejadian macam ni berlaku. Hati-hatilah korang kalau duduk di kereta seorang diri, pastikan kunci pintu kereta.

Sumber: Buletin TV3, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.