Curi Motosikal Demi Mas Kahwin, Lelaki Menikah Di Balai Polis

23 Oct 2023 • 4:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pencuri motosikal tular di media sosial selepas menikah di balai polis bersama pasangannya di sebelum menjalani hukuman di Balai Polis Sukolilo di Jawa Timur, Indonesia.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Balai Polis Surabaya, mereka memuat naik video seorang lelaki yang ditangkap atas kesalahan mencuri motosikal tersebut.

Menurut pihak polis, lelaki tersebut bertindak mencuri motosikal atas sebab dia tidak mempunyai wang untuk membayar mas kahwinnya.

Menikah di balai polis

image is not available

Ketua Polis Sukolilo, Kompol Made berkata pasangan tersebut sudah bertunang selama lima bulan dan telah merancang majlis perkahwinan mereka sebulan sebelum lelaki tersebut ditangkap.

“Ketika dia ditangkap semalam (Jumaat), kami menerima surat dari keluarga pesalah yang memohon pihak polis untuk kahwinkan pesalah dan pasangannya di balai polis.

image is not available

“Ini kerana mereka sudah bertunang selama lima bulan dan telah membuat rancangan perkahwinan sebulan sebelum dia ditangkap,” katanya.

Tambahnya, sebagai ketua polis beliau tidak sanggup merosakkan rancangan mereka berdua dan berharap selepas tamat menjalani hukuman, pengantin lelaki tidak akan mengulangi kesilapannya.

“Saya sebagai ketua di balai polis ini tidak sanggup menghalang perkahwinan mereka. Saya berharap dengan pernikahan ini dan setelah habis menjalani hukuman dia berubah menjadi suami dan bapa yang baik ,” ujarnya.

image is not available

Sewaktu pernikahan berlangsung, suasana di balai polis sayu apabila pengantin lelaki dilihat menangis selepas selesai diijab kabul.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji tindakan yang diambil oleh Ketua Balai Polis Sukolilo itu dan mendoakannya.

Encik Made baik…

image is not available

Terima kasih encik jadi manusia baik

image is not available

Selain itu, ada juga warganet yang memuji sikap pengantin perempuan kerana sanggup menerima suaminya yang terpaksa menjalani hukuman penjara.

Masih terima walaupun dipenjara

image is not available

Disebabkan pengantin lelaki tersilap memilih langkah, perkahwinan yang diimpikan oleh pasangan itu tidak dapat dilaksanakan namun setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sumber: Instagram @humaspolrestabessurabaya