Tunggang Motosikal Sambil Buat Aksi ‘Zig Zag’, 5 Lelaki Ditahan Polis Di Kuching

15 Oct 2023 • 10:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ditahan dalam OP Samseng

Tunggang Motosikal Sambil Buat Aksi ‘Zig Zag’, 5 Lelaki Ditahan Polis Di Kuching. Polis menahan lima pemuda kerana didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ‘zig-zag’ di Batu 17 Pasar Siburan.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak berkata, tangkapan dilakukan antara jam 10.30 malam dan 5 pagi dalam Op Samseng Jalanan sekitar Jalan Kuching Serian.

image is not available
Tunggang Motosikal Sambil Buat Aksi ‘Zig Zag’, 5 Lelaki Ditahan Polis Di Kuching. Kredit: Facebook

“Mereka dilihat bersaing sesama sendiri dengan menundukkan badan serta melakukan aksi ‘zig-zag’ yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Suspek telah ditahan di Batu 17 Pasar Siburan bersebelahan gelanggang bola keranjang dan dibawa ke balai Trafik IPD Padawan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

image is not available

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen ( ) .
Sabit kesalahan, boleh dikenakan , , .

JSPT menyeru ibu bapa atau keluarga agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak agar tidak terjerumus dalam gejala negatif ini demi masa depan mereka.

Baca lagi artikel menarik: