Curi Seluar Dalam Wanita, Pelaku Tulis Surat Mohon Maaf & Pulangkan Semula Barang Dicuri

14 Nov 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki menulis nota permohonan maaf kerana mencuri seluar dalam wanita sebelum memulangkannya semula di sebuah kedai dobi di Pattaya, Thailand, lapor laman berita Pattaya Mail semalam.
 
Nota tersebut diletakkan di dalam sampul surat berwarna putih yang turut mengandungi wang tunai sebanyak 1,000 baht (RM130).
 
Nota itu menyatakan bahawa dia kesal dengan perbuatannya itu.
Pada malam kelmarin, perbuatan lelaki berpakaian kemas tersebut dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia mencuri sehelai seluar dalam wanita dari kedai dobi layan diri yang terletak di Soi Paniad Chang 8.
 
Kecurian berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) apabila suspek yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) memasuki kedai dobi dan menyelongkar bakul pakaian. 
 
Dia mengambil seluar dalam itu dan menyembunyikannya di dalam poket sebelum meninggalkan premis tersebut. – AGENSI
 
Sumber: Kosmo
 



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved