Curi tumpuan, graduan luar negara rakam momen lagu UiTM

Music
2 Jul 2024 • 8:12 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Setiap kolej atau universiti mempunyai lagu-lagu khas menggambarkan tempat pembelajaran mereka. Setiap makna lirik dan lagu mempunyai nilai sentimental yang tinggi apatah lagi jika kita sudah bergelar alumni.

Setiap lagu juga mengingatkan kita tentang semangat dan hala tuju serta tujuan berada di sesebuah universiti.

Bagaimanapun, siapa sangka lagu UiTM di hatiku menjadi tular kebelakangan ini apabila diguna pakai menerusi video konvokesyen pelajar luar negara.

Melodi dan senikata yang cukup indah mungkin juga antara tarikan dan menjadi trend pelajar di sana untuk mengabdikan lagu berkenaan.

Menerusi beberapa hantaran, ada netizen Malaysia sempat berseloroh bertanyakan pelajar-pelajar berkenaan di cawangan UiTM mana mereka belajar.

Lagu berkenaan juga membuatkan beberapa alumni UiTM mula merindui tempat pembelajaran mereka.

Dalam masa yang sama, mereka turut berbangga lagu berkenaan tular dan digunakan pelajar-pelajar di sana.

Sumber: TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved