Tukang Paip Dakwa Jumpa Tulang Dipercayai Kepala Babi Dalam Tangki Air Rumah Di Negeri Sembilan

Entertainment
11 Jun 2024 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, setiap kediaman mempunyai tempat penyimpanan air atau tangki air, tapi berapa kali korang buat pemeriksaan tangki dalam setahun?

Selalunya, jika ada masalah air seperti air berkarat dan berbau, barulah kita buat pemeriksaan, bukan?

Mungkin, selepas ini korang akan kerap buat pemeriksaan tangki air terutama yang berada di luar kawasan rumah seperti di atas atap kerana terdapat satu perkongsian tentang penemuan tulang haiwan dari sebuah tangki rumah.

Dalam perkongsian yang di muat naik di media sosial, seorang individu yang dipercayai tukang paip telah menemui beberapa ketulan tulang yang dilihat menyerupai kepala babi di dasar air tangki yang hendak diselenggarakannya.

image is not available

Memetik sumber Kosmo!, individu itu mendedahkan kejadian itu berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan. Dia turut meluahkan rasa kecewa dan mempercayai ia perbuatan dari sifat dengki seseorang sehingga sanggup membuat khianat terhadap orang lain.

“Lihat ini ,tangki air rumah orang di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kesian orang (tuan rumah), ada sifat dengki macam itulah, tak ingat dosa ke? Dosa lakukan begini sebab tangki air ini tuan rumah guna untuk mandi, ambil wuduk, gosok gigi dan kegunaan lain, kesian tuan rumah,” luahnya.

Setakat ini, tak dapat dipastikan tindakan lanjut berhubung penemuan tulang haiwan dalam tangki air tersebut.

Hati-hati korang, pastikan tangki air rumah sentiasa tertutup.

Sumber: TikTok, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.