“Customer Dari Neraka” – Tular 2 Wanita Tampar & Tarik Tudung Cashier Raih Kecaman Ramai [Video]

28 Apr 2025 • 10:36 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Belakangan ini, kes melibatkan individu menampar atau memukul orang lain dilihat semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Tidak pasti sama ada bilangan individu berlagak samseng yang bertambah atau disebabkan kemajuan teknologi menyebabkan perkara sebegini dengan mudah tular di media sosial sekali gus meraih perhatian ramai.

Ia sepatutnya semakin berkurangan jika orang ramai mengambil pengajaran untuk lebih mengawal emosi dan tidak bertindak melulu, namun sehingga hari ini masih ada yang bertindak sedemikian.

Tular 2 pelanggan serang cashier wanita di Manjung

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua pelanggan wanita bertindak menyerang seorang juruwang dipercayai kerana tidak berpuas hati.

Kejadian terbabit mula sohor dan mendapat perhatian ramai selepas ibu bapa kepada ‘cashier’ terbabit berkongsi beberapa klip video semasa kejadian di media sosial.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Saazlina Azizyusuf, kejadian terbabit dikatakan berlaku sekitar pukul 3 petang semalam (27 April) di salah sebuah kedai serbaneka di Setiawan, Manjung, Perak.

Didakwa tampar cashier kerana tak puas hati tak boleh cuba kabel sebelum beli

Menurut Saazlina, anak perempuannya yang bekerja pada waktu tersebut telah ditampar dan ditarik tudung hingga tercabut sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian badan.

Dakwa wanita itu, kejadian terbabit berlaku kerana dua pelanggan berkenaan tidak berpuas hati selepas anaknya tidak membenarkan mereka untuk mencuba terlebih dahulu kabel pengecas sebelum membelinya.

“Anak saya hanya menjalankan kerja seperti prosedur yang telah ditetapkan, tak boleh cuba melainkan beli dahulu. Tetapi apa yang berlaku pada malam itu pelanggan berkenaan berkeras tak nak bayar tetapi nak cuba kabel pengecas telefon tersebut sama ada boleh guna atau tidak,” katanya.

image is not available
Rakaman CCTV sewaktu kejadian (Foto: Facebook/Saazlina Azizyusuf)

Laporan polis sudah dibuat, pelaku masih belum dapat dikesan

Menurutnya lagi, laporan polis berhubung kejadian berkenaan telahpun dibuat, namun kini mereka sedang berusaha mengesan dua pelanggan terbabit agar kes tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Mereka bukan hanya mencederakan anak saya, bahkan mereka telah mencuri kabel pengecas telefon di kaunter,” katanya.

Susulan itu, Saazlina meminta sesiapa yang mengenali dua pelaku itu agar menghubunginya atau pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

image is not available

Netizen kecam dan mahu dua ‘customer dari neraka’ itu segera ditangkap

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan dua pelanggan wanita terbabit.

Kebanyakan netizen berpendapat apa yang dilakukan oleh juruwang terbabit adalah betul dengan tidak membenarkan pelanggan mencuba terlebih dahulu kabel pengecas telefon mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan.

Mereka juga mahu agar dua pelanggan yang disifatkan sebagai ‘customer dari neraka’ itu segera ditangkap dan dijatuhi hukuman.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available