Cut Intan Nabila Akhirnya Buka Mulut, Mohon Maaf 5 Tahun Rahsiakan Kisah Rumah Tangganya

18 Aug 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila akhirnya bersuara selepas tular video dirinya dipercayai dipukul suaminyha, Armor Toreador.

Kongsi Cut Intan, dia memohon maaf terpaksa merahsiakan kisah rumah tangganya sejak lima tahun lalu.

"Maafkan jika selama 5 tahun ini saya selalu menutup diri atas KDRT yang saya alami dari keluarga dan sahabat-sahabat terdekat saya, karna saya selalu bergelut dengan fikiran dan hati saya, bahwa dia bisa berubah," ujarnya.