Cut Zahara Fona: Gemparkan Indonesia Konon Ada Bayi Yang Boleh Mengaji Semasa Dalam Kandungan Tapi Rupanya…

LocalEntertainment
24 Sep 2024 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kira-kira pada tahun 70-an dahulu, seluruh rakyat Indonesia digemparkan dengan berita seorang wanita hamil yang bernama Cut Zahara Fona ini mempunyai ‘kandungan ajaib’ di mana janinnya itu dikatakan boleh melafazkan ayat-ayat suci Al-quran.

Disebabkan ia hangat diperkatakan, berita mengenai kehamilan wanita kelahiran Aceh ini telah sampai ke pengetahuan Presiden Soeharto yang turut merasa musykil dan ingin menyaksikan depan matanya sendiri.

 

Jadi viral sampai ramai pihak turun padang nak dengar

image is not available

Dalam satu video yang dikongsikan oleh @hasamici di platform X, dapat dilihat orang ramai mendekatkan telinga ke perut Cut Zahara Fona yang sedang sarat mengandung untuk mendengar bunyi seperti yang diperkatakan itu.

Malah ia juga memperlihatkan yang perutnya bergerak-gerak ketika keluar bunyi suara kecil yang seolah-olah orang sedang mengaji tersebut.

Memandangkan cerita kandungan Cut Zahara Fona ini semakin hangat, ia menarik perhatian wakil Presiden pada waktu itu, Adam Malik dan mengundang Cut Zahara ke Istana Merdeka (kediaman presiden).

Ketika berada di Istana Merdeka, Adam Malik ada meletakkan telinga ke perut Cut Zahara untuk mendengar sendiri ‘suara’ janin tersebut. Dalam masa pada itu, Menteri Agama, Mochamad Dachlan juga ada memberikan komennya kepada pihak media berkenaan cerita bayi ajaib.

Bagaimanapun, disebabkan cerita ini hangat diperkatakan dan sering menjadi topik berita, ia telah mendapat campur tangan pasukan Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat (RSPAD), Pejabat Peguam Agama dan Polis untuk membuat siasatan.

Mula terbongkar

image is not available

Ketika doktor ingin membuat pemeriksaan terhadap bayinya pada 13 Oktober 1970, Cut Zahara Fona mengatakan bayinya tidak bersedia. Dia juga meminta pemeriksaan tersebut ditunda ke minggu depannya. Saat mereka memeriksa Cut Zahara Fina, mereka tidak menemui sebarang tanda adanya janin dalam rahim Cut Zahara Fona.

Ini kerana ada sorang doktor menyatakan bahawa bayi dalam kandungan takkan mampu bernafas secara normal dan ia sekaligus membuatkan janin tidak boleh mengeluarkan suara.

image is not available

Dalam masa yang sama Ketua Polis Daerah Kalimantan Selatan, Brigdier Jeneral Abdul Hamid Swasono berpendirian bahawa tiada manusia boleh bercakap dalam air ketuban dan ia membuatkan beliau mengarahkan anggota-anggotanya untuk melakukan siasatan.

Ketika polis membuat serbuan ke rumah Cut Zahara di Kampung Gambut, Kalimantan Selatan, maka terbongkarlah penipuan Cut Zahara Fona setelah anggota polis menemui alat pemutar kaset atau pita perakam yang telah disiapkan dalam pakaian Cut Zahara.

Polsi telah merampas dan menyita pita rakaman jenis EL 3302/OOG bersertakan kaset rakaman suara tangisan bayi dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article