Cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu pada 1 Januari 2023? 10 info perlu tahu jika jadi kenyataan

8 Dec 2022 • 7:32 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

CUTI bersalin 98 hari dan bekerja 45 jam seminggu adalah antara perkara yang menjadi perhatian tentang Akta Kerja (1955).

Ia yang sepatutnya dikuatkuasa pada 1 September 2022 tetapi ditangguhkan atas faktor tertentu dan permintaan pihak industri dengan alasan memerlukan sedikit masa kerana pada masa itu masih dalam keadaan pemulihan ekonomi.

Menteri Sumber dan Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada Ogos 2022 telah mengumumkan bahawa akta tersebut akan ditangguhkan penguatkuasaannya ke 1 Januari 2023.

image is not available
Kredit foto: Pexels

Tidak dapat dipastikan sama ada pelaksanaannya, berikut adalah intipati pindaan Akta Kerja (1955).

1-Pengurangan jam maksimum bekerja dari 48 jam ke 45 jam dan banyak lagi manfaat baik untuk pekerja.

2-Antara pindaan yang telah diluluskan ialah tuntutan bayaran kerja lebih masa untuk mereka pada tingkat gaji RM2,001 hingga RM4,000.

3-Cuti paterniti dinaikkan tiga hari kepada tujuh hari

image is not available
Kredit foto: Pexels

4-Cuti bersalin pekerja wanita yang dilanjutkan dari 60 hari ke 98 hari.

5-Hak wanita hamil tetap pada jawatan yang sama yang mana syarikat dilarang memecat kaki tangan wanita hamil dalam tempoh bersalin. Hanya tiga perkara yang boleh membuat penamatan kerja iaitu melanggar kontrak kerja, salah laku dan syarikat tutup (bankrup).

6-Penambahbaikan cuti sakit dan cuti hospitalisasi.

7-Notis gangguan seksual yang mana pihak kerajaan mewajibkan pihak majikan memberi kesedaran mengenai gangguan seksual.

8-Pembayaran upah melalui bank/ cek atau tunai.

9-Larangan buruh paksa.

10-Tempoh perantisan minimum enam bulan dan maksimum 24 bulan.

Tujuan pindaan tersebut adalah bagi meningkatkan dan menambah baik perlindungan serta kebajikan pekerja di samping memastikan peruntukan undang-undang di negara ini selaras dengan standard antara bangsa.

Menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, semua pekerja swasta yang memasuki kontrak perkhidmatan wajar dilindungi dan beroleh manfaat.

Warga maya rata-rata menyatakan harapan ia dikuatkuasakan seperti mana dirancang pada 1 Januari 2023.

-“Bersalin bulan Disember, kiranya tidak merasalah 98 hari cuti bersalin 98 hari.”

-“Agaknya tangguh lagikah kali ni?”

-“Harap menjadi kenyataan.”

Kredit foto utama: Pexels 1, 2, Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.