Cuti boleh, peletakan jawatan menteri perlu rundingan – Anwar

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 11:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Cuti boleh, peletakan jawatan menteri perlu rundingan – Anwar

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memutuskan sama ada menerima atau tidak peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Anwar berkata, Anthony telah mengemukakan surat peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta tetapi perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Anthony hantar surat letak jawatan serta-merta tetapi saya sebagai Perdana Menteri belum terima peletakan jawatan dia. Nak cuti sekejap, okey. Mengenai peletakan jawatan, kita perlu berunding, setuju tak?

“Bila saya puji dia (Anthony), orang UMNO kata Anwar ini puji DAP, puji Cina. Kita lantik menteri, menteri itu amanah, bersih, kerja kuat, beri banyak cadangan, projek dan program untuk memudahkan perjalanan rakyat termasuk pemandu teksi.

“Jadi sebab itu saya kata, orang macam ini yang baik, jangan suruh berhenti. Yang teruk, dia suruh kekal. Ini dunia sudah terbalik,” katanya.

Perdana Menteri berucap pada Ceramah Grand Finale Jelajah Harapan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya di sini, hari ini.

Selasa lalu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Anthony berkata, keputusan itu selaras dengan pendirian yang diumumkannya pada Jumaat lalu berhubung isu berkenaan.

“Ini selaras dengan pendirian diumumkan pada Jumaat lalu, iaitu peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan.

“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang saya jelaskan sebelum ini,” katanya.

The post Cuti boleh, peletakan jawatan menteri perlu rundingan – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved