“Jika Anwar Tak Berani Pecat Zahid Saya Minta DAP Keluar Daripada Kerajaan, Berani Tak?” – Akmal Saleh

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 10:24 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Jika Anwar Tak Berani Pecat Zahid Saya Minta DAP Keluar Daripada Kerajaan, Berani Tak?” – Akmal Saleh

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar DAP supaya keluar dari Kabinet kerajaan sekiranya tetap mendesak pemimpin UMNO untuk meletakkan jawatan.

Akmal Saleh Yakin Menteri UMNO Lain Akan Letak Jawatan Jika Ahmad Zahid Dipecat

Jelasnya, jika benar mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipecat, DAP perlu mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akmal semasa berucap pada program Sembang Santai Aman Muda di Cafe@Simpang di Masjid Tanah Melaka malam tadi (12 November) berkata beliau yakin semua menteri daripada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan jawatan sekiranya Ahmad Zahid dipecat.

“Kalau kamu nak menteri-menteri UMNO letak jawatan, senang saja. Minta Perdana Menteri kamu itu pecat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Pecat Zahid Hamidi, saya pasti semua menteri akan letak jawatan. Kamu berani atau tidak?” katanya.

Akmal Cabar DAP Keluar Kerajaan Jika Anwar Tak Pecat Ahmad Zahid

Dalam masa sama, Akmal turut mencabar DAP supaya berundur daripada kerajaan sekiranya Anwar gagal memecat Ahmad Zahid.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak berani pecat Zahid, saya minta DAP keluar daripada kerajaan. Berani atau tidak?

“UMNO tidak gentar berdepan kemungkinan kehilangan jawatan dalam kerajaan, namun mahu pihak yang membuat desakan membuktikan keberanian dengan mengambil tindakan sama,” katanya. 

Gobind Gesa Menteri UMNO Letak Jawatan Jika Tak Yakin Dengan Kepimpinan Anwar Ibrahim

Sebelum ini, Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Menteri Digital, Gobind Singh Deo menggesa menteri-menteri UMNO termasuk Ahmad Zahid meletakkan jawatan jika mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sama seperti pandangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Gobind juga menyifatkan Ahmad Zahid tidak menghormati Perdana Menteri susulan tindakannya yang mendesak Anwar untuk membubarkan Parlimen berbanding rombakan kabinet.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tidak Lagi Hormat PM Boleh Tarik Sokongan, Bukan Desak Bubar Parlimen’ – Anthony Loke

“Hal itu (pembubaran Parlimen), terpulang kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri yang mempunyai kuasa untuk membuat penentuan dan pada masa sekarang, Kabinet berfungsi dengan baik.

“Negara kita ada ekonomi yang stabil. Kita harus melihat bagaimana kita boleh membawa negara kita ke depan. Tidak perlu untuk kita bincang berkenaan dengan aspek pembubaran,” katanya, dipetik Malaysiakini.

“Jangan Pula Bila Dah Letak Jawatan Seperti Orang Gila Talak” – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid kemudian membidas kenyataan tersebut dengan berkata tiada keperluan untuk mana-mana menteri Barisan Nasional (BN) meletak jawatan dalam Kabinet selain menegaskan perbezaan haluan di peringkat negeri tidak bermaksud parti itu menentang kepimpinan PMX.

“Jadi kalau beliau (Gobind Singh) rasa apa yang beliau nyatakan itu patut dibuat (desakan letak jawatan), jadi buatlah sebagaimana yang dibuat oleh Setiausaha Agung (Anthony Loke) partinya.

“Jadi jangan pula bila dah letak jawatan seperti orang gila talak. Jadi kita tidak mahu gila talak macam mereka,” katanya semalam (12 November), lapor Astro Awani.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved