Cuti Hari Krismas: Plus Jangka 2.12 Juta Kenderaan Banjiri Lebuh Raya!

LocalCars
17 Dec 2024 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menjelang ketibaan Hari Krismas pada minggu depan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah kenderaan mencecah 2.12 juta sehari berbanding 1.85 juta pada hari biasa, bermula dari 20 Disember ini hingga 2 Januari depan.

Untuk itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dengan memanfaatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA yang boleh diakses melalui aplikasi MyPLUS.

image is not available

PLUS berkata, jadual perjalanan digital itu bertujuan memudahkan orang ramai merancang perjalanan, selain membantu mengagihkan trafik bagi perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

"Langkah ini dapat mengelakkan kenderaan terkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak dan kemungkinan terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam satu kenyataan.