Cuti Jubli Perak Selangor: Majikan swasta wajib beri cuti berbayar

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 5:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cuti Jubli Perak Selangor: Majikan swasta wajib beri cuti berbayar

PETALING JAYA – Majikan sektor swasta di Selangor yang memilih 25 Oktober sebagai cuti peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, wajib memberikan cuti tersebut sebagai hari kelepasan am berbayar kepada pekerja.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, cuti peristiwa berkenaan merupakan hari kelepasan am pilihan bagi sektor swasta di negeri itu.

Menurut JTKSM, majikan yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Selangor sebagai salah satu hari kelepasan am berbayar perlu memberikan manfaat tersebut kepada pekerja masing-masing.

“(Bagaimanapun) majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat pula hendaklah memberi hari kelepasan am gantian pada hari berikutnya iaitu 26 Oktober 2026 (Isnin) sebagaimana peruntukan yang ditetapkan di bawah seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.

“Sebagai alternatif, majikan juga boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan hari kelepasan am berbayar tersebut kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti peristiwa tersebut dibuat selaras dengan Subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan kerajaan negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan 26 Oktober sebagai cuti gantian kerana tarikh kemuncak Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor pada 25 Oktober jatuh pada Ahad.

Cuti peristiwa itu diadakan bersempena genap 25 tahun pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan kemuncak sambutan pada 25 Oktober yang turut merangkumi beberapa istiadat utama. – KOSMO! ONLINE

The post Cuti Jubli Perak Selangor: Majikan swasta wajib beri cuti berbayar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved