Cuti Jubli Perak Sultan Selangor wajib dipatuhi sektor swasta

1 Oct 2026 • 3:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Cuti Jubli Perak Sultan Selangor wajib dipatuhi sektor swasta

SHAH ALAM, 1 OKT: Cuti peristiwa sempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 25 Oktober ini ialah hari kelepasan am pilihan dan hanya wajib diberikan oleh majikan sektor swasta di Selangor sebagai hari kelepasan am berbayar.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memaklumkan majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat pula hendaklah memberi hari kelepasan am gantian pada hari berikutnya iaitu 26 Oktober sebagaimana peruntukan ditetapkan di bawah Seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.

“Sebagai alternatif, majikan juga boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan hari kelepasan am berbayar berkenaan kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti peristiwa itu dibuat selaras dengan Subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan Kerajaan Negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.

Pada 11 September lepas, Kerajaan Selangor mengumumkan 26 Oktober sebagai hari kelepasan am gantian bagi seluruh negeri itu bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pengisytiharan cuti gantian itu berikutan tarikh sambutan kemuncak serta hari kelepasan am pada 25 Oktober jatuh pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved