Cuti peristiwa Negeri Sembilan esok tidak wajib bagi sektor swasta - JTKSM

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 10:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cuti peristiwa Negeri Sembilan esok tidak wajib bagi sektor swasta - JTKSM
Laporan Sinar Harian mengenai Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan esok sebagai Hari Cuti Peristiwa sebagai penghargaan kepada rakyat negeri itu yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Negeri Sembilan ke-16.

PUTRAJAYA - Majikan sektor swasta di Negeri Sembilan boleh memilih sama ada hendak memberikan cuti peristiwa kepada pekerja masing-masing esok kerana ia adalah hari kelepasan am pilihan.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan cuti itu tidak wajib diberikan kepada pekerja sektor swasta.

Namun, mana-mana majikan di negeri itu yang memilih cuti peristiwa Negeri Sembilan sebagai hari kelepasan am hendaklah memberikan hari kelepasan am bergaji kepada pekerja.

"Majikan boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan cuti itu kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan esok (3 Ogos) sebagai cuti peristiwa bagi menghargai rakyat Negeri Sembilan serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berakhir semalam.

JTKSM memaklumkan pengisytiharan cuti peristiwa berkenaan dibuat selaras dengan Subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951, yang membolehkan pihak berkuasa negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved